Perlawanan yang ditunggu-tunggu oleh seluruh rakyat Malaysia dan Brunei amnya sudah berakhir sebentar tadi, yang mana perlawanan acara ekuestrian polo pasukan KJ menentang pasukan Putera Mateen telah berlangsung.

Menerusi dari laman Team Malaysia, yang mana dikongsikan mengenai kemenangan Malaysia ke atas Brunei, dengan mata 12 berbalas 4.

IMG_20170822_195306Perlawanan itu disaksikan oleh Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, tulis Utusan.

Turut berangkat menyaksikan perlawanan tersebut ialah Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin; Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Sultan Ibrahim; kerabat-kerabat diraja dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M. Saravanan.

Perlawanan tersebut menjadi tumpuan ramai yang mula membanjiri sejak pukul 1.30 petang.

-Utusan