TELUK INTAN: Team MB Perak terus mempamerkan kehebatan mereka apabila menewaskan Team Exco Pendidikan (Pilihan Guru Hilir) 2 – 1 dalam perlawanan persahabatan bola sepak di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib di sini pada Rabu.

Perlawanan persahabatan itu adalah antara aktiviti sepanjang program Permukiman Menteri Besar di Daerah Hilir Perak.

Selain Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Team MB turut diwakili Exco Sumber Manusia, Belia dan Sukan, Datuk Shahrul Zaman Yahya dan Pegawai Tugas-Tugas Khas Menteri Besar, Datuk Azhar Ahmad sebagai ketua pasukan.

Team Exco Pendidikan pula diketuai Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air, Datuk Zainol Fadzi Paharudin.

Perlawanan terpaksa ditamatkan lebih awal kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.