BERUAS: Pasukan bola sepak YAB Menteri Besar berjaya membenam pasukan Veteran Parlimen Beruas dengan jaringan mata 5-0 dalam perlawanan persahabatan, hari ini.

Perlawanan itu yang berlangsung di SMK Changkat di sini diadakan sempena program Permukiman YAB Menteri Besar di daerah Manjung yang bermula 24 hingga 28 Oktober.

Seperti biasa Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir bersama-sama dalam perlawanan bola sepak yang turut disertai oleh beberapa Exco kerajaan negeri dan ketua jabatan.

Penduduk di sekitar Beruas pula tidak melepaskan peluang menyaksikan perlawanan tersebut, di samping memberikan sokongan kepada kedua-dua pasukan yang mengambil bahagian.