SUNGAI SIPUT: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan menggunakan teknik ‘water bombing’ esok pagi bagi memadam kebakaran hutan berhampiran perkampung Orang Asli di sini.

Jurucakap JBPM Perak berkata, buat masa ini, Unit Musteam dalam proses pemasangan ‘helli well’ di tempat yang telah dikenalpasti, dengan kerjasama Pejabat Perhutanan Sungai Siput.

Sebuah pos kawalan bomba juga telah didirikan di Pusat Latihan Perhutanan di Jalan Lintang, Sungai Siput, termasuk menempatkan pesawat helikopter JBPM.

“Pemantauan udara telah dilakukan oleh Unit Udara JBPM dan mendapati keluasan kebakaran 10 peratus dati Hutan Simpang Gunung Korbu dan antara Pos Legap dan juga Pos Kuala Mu,” katanya di sini.

Menurutnya, kebakaran hanya melibatkan kawasan pokok buluh serta pokok renek dan tidak melibatkan pokok-pokok balak di dalam hutan simpan.