SEORANG lelaki menjerit kesakitan apabila kemaluannya digigit seekor ular sawa yang sedang ‘berehat’ di dalam lubang tandas.

Insiden berlaku di sebuah rumah yang dijadikan pejabat di Bangkok, Thailand.

Setiap pagi, Terdsak Kaewpangpan, 45, akan masuk ke tandasnya, namun Jumaat lalu dia merasakan satu kelainan apabila bahagian kemaluannya sakit.

Menyedari terdapat seekor ular di lubang tandasnya, Kwewpangpan menjerit kesakitan meminta tolong, yang mana ketika itu darah mulai keluar di kemaluannya.

Jirannya terdengar jeritan itu dan membawa lelaki itu ke hospital. Doktor menemui empat luka gigitan dan lelaki itu menerima 15 jahitan.

Pasukan penyelamat haiwan mengambil masa setengah jam untuk menangkap ular tersebut.

Untuk rekod, pada tahun 2016, kemaluan seorang lelaki Atthaporn Boonmakchuay turut digigit seekor ular sawa ketika sedang membuang air besar di tandasnya. -The Star/ Philippine Daily Inquirer/Asia News Network