WAJAH seorang nenek telah bertukar menjadi sesuatu yang menggerunkan selepas ketumbuhan yang besar telah menghancurkan bahagian depan tengkoraknya.

Ia berlaku selepas ketumbuhan itu disalah dianogsis sebagai sinus.

Editha Dadores, 71, mula mengalami kesakitan di bahagian rongga hidungnya sejak empat tahun lalu dan telah bertemu doktor di Puerto Princesa, iaitu sebuah pulau terpencil di Filipina.

Dia diberikan ubat namun selepas beberapa kali bertemu doktor, keadaan tidak berubah. Pada 2015, satu pembedahan telah dijalankan namun ketumbuhan itu membesar seperti belon.

teng-768x384

Melihat keadaan berkenaan, doktor telah mencadangkan pembetukkan semula wajahnya namun proses itu berisiko tinggi.

Menurut menantunya Renalyn, 33, doktor pernah memaklumkan penyakit itu boleh menjadi kanser.

“Dia telah menjalani banyak rawatan tetapi semuanya tidak mampu menghentikan ketumbuhan terbabit.

“Ketumbuhan itu telah membesar dan memusnahkan wajahnya, Dia tidak berada dalam kesakitan sekarang kerana dia mengambil ubat namun untuk bercakap, tidur dan makan adalah sesuatu yang sukar baginya,” katanya.

Editha kini sedang menanti hospital yang sesuai untuk bertemu pakar, kemungkinan di Manila. – Mynewshub.cc