Subscribe Now

Trending News

Tengku Abdullah tinjau jalan terjejas tanah runtuh
Nasional

Tengku Abdullah tinjau jalan terjejas tanah runtuh 

LIPIS 5 Feb. – Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini bercemar duli meninjau kawasan tanah runtuh di jalan Sungai Koyan-Cameron Hinglands di sini.

Baginda yang tiba kira-kira pukul 11.30 pagi mendengar taklimat daripada Pengarah Kerja Raya negeri, Datuk Ir. Abdul Jalil Abdul Hamid sebelum meninjau kawasan berkenaan.

Baginda mahu kerja-kerja membaik pulih laluan utama ke Cameron Highlands itu segera diberi perhatian dan keutamaan bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya.

“Saya harap proses pembaikan disegerakan dan enam lagi tempat yang mengalami runtuhan diberi perhatian. Maklumkan kepada pengguna jalan raya agar mereka lebih berhati-hati,” titah baginda.

Sabtu lalu, Jalan utama Sungai Koyan ke Cameron Highlands terjejas ekoran tanah runtuh sepanjang kira-kira 50 meter yang dipercayai akibat hujan berterusan.

Bagaimanapun, tiada kehilangan jiwa dan kerosakan harta dilaporkan dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu. – UTUSAN ONLINE

Related posts