KUALA LUMPUR : Ketua Eksekutif CIMB Group Holdings Berhad (CIMB), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, diumumkan sebagai Menteri Kewangan, hari ini.

Beliau akan dilantik sebagai Senator bagi menjawat jawatan itu.

Datuk Abd Rahim Bakri dan Mohd Shahar Abdullah masing-masing diumumkan sebagai Timbalan Menteri Kewangan I dan II.