Ipoh: Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) berterima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana menunaikan pelbagai janji yang dibuat dalam manifesto Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

Kerani sebuah syarikat swasta, Ahmad Salim Hamid, 35, berkata, tidak ada negara dalam dunia ini yang boleh membantu rakyat seperti apa yang dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan BN.

“PRU ke-14 bakal menjelma. Kita harus buat pilihan dengan baik siapa yang boleh mengetuai negara dan memastikan kebajikan rakyat dijaga.

“Sejak peningkatan taraf ekonomi yang tinggi, kerajaan mengambil inisiatif ini untuk mengurangkan beban rakyat seperti saya.