KUALA LUMPUR: Seorang lagi mangsa nahas bas kilang di Jalan S8 Pekeliling berdekatan MAS Kargo, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), lewat malam tadi meninggal dunia, menjadikan jumlah keseluruhan yang maut setakat ini adalah 11 orang.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shariat, berkata, mangsa adalah seorang lelaki warga Nepal dikenali sebagai Jagarnath Sigh Danuwar, berusia 31 tahun.

Katanya, mangsa meninggal dunia di Hospital Putrajaya namun, tiada maklumat lanjut mengenai masa kematiannya.

“Bas berkenaan membawa 43 penumpang kebanyakannya warga asing yang merupakan pekerja kontrak di Mas Kargo.

Keadaan bas pekerja selepas kejadian mengorbankan sebelas penumpang selepas bas pekerja dinaiki mereka terjunam ke dalam longkang sedalam 10 meter di Jalan S8 Pekeliling berdekatan MAS Kargo, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), malam tadi. – Foto Aizuddin Saad
Keadaan bas pekerja selepas kejadian mengorbankan sebelas penumpang selepas bas pekerja dinaiki mereka terjunam ke dalam longkang sedalam 10 meter di Jalan S8 Pekeliling berdekatan MAS Kargo, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), malam tadi. – Foto Aizuddin Saad

“Sembilan mangsa disahkan maut di lokasi kejadian termasuk pemandu bas, seorang lelaki berusia 43 tahun. Seorang meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Serdang dan seorang lagi di Hospital Putrajaya menjadikan jumlah keseluruhan maut 11 orang,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, baki 13 lagi mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Serdang; 16 di Hospital Putrajaya; empat di Hospital Banting dan seorang lagi di Hospital Kajang.

Setakat pagi ini, sembilan yang cedera iaitu lima di Hospital Putrajaya dan empat di Hospital Serdang sudah dibenarkan pulang.

Terdahulu, bas berkenaan mengambil semua pekerja berkenaan dari hostel mereka di Putra Nilai, Negeri Sembilan untuk bertugas pada syif 12 tengah malam di MAS Kargo KLIA.

Bagaimanapun, setiba di lokasi kejadian kira-kira jam 11.10 malam, bas itu hilang kawalan dan terbabas menjunam ke dalam longkang besar sedalam 10 meter.

Sepuluh maut selepas bas pekerja dinaiki mereka terjunam ke dalam longkang sedalam 10 meter di Jalan S8 Pekeliling berdekatan MAS Kargo, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), malam tadi. – Foto ihsan IPD KLIA

Berikut adalah senarai mangsa yang maut dan cedera dalam nahas terbabit:

Maut (Hospital Putrajaya):

1. Jagarnath Singh Danuwar (28 tahun) – Nepal

Maut (Hospital Serdang):

1. Md Razib Munsi, 26 – Lelaki (Bangladesh)

2. Md Sohel, 24 – Lelaki (Bangladesh)

3. Ramu Chaudhary, 37 – Lelaki (Nepal)

4. Mohin, 37 – Lelaki (Bangladesh)

5. Al Amin, 25 – Lelaki (Bangladesh)

6. Ayu, 22 – Perempuan (Indonesia)

7. Azura Afrianti, 22 – Perempuan (Indonesia)

8. Golam Mostafa, 22 – Lelaki (Bangladesh)

9. Rosvita Loka Harahap, 23 – Perempuan (Indonesia)

10. Tidak dikenal pasti – Perempuan

Cedera (Hospital Serdang)

1. Fitra Akhbar, 27 – Lelaki (Indonesia)

2. Krishna Bahadur Pun Magar, 28 – Lelaki (Nepal)

3. Bharat Shahi, 24 – Lelaki (Nepal) – dibenarkan pulang

4. Padam Bahadur Kawar – Lelaki (Nepal)

5. Santosh Kumar Sah – Lelaki (Nepal)

6. Md Nazmul Haque, 21 – Lelaki (Bangladesh)

7. Md Rozbul Islam, 43 – Lelaki (Bangladesh)

8. Imran Hossain, 21 – Lelaki (Bangladesh) – dibenarkan pulang

9. Suman Kamcha Magar, 25 – Lelaki (Nepal)

10. Annisa Abd Aziz, 27 – Perempuan (tempatan)

11. Santosh Kumar Yadav, 31 – Lelaki (Nepal) – dibenarkan pulang

12. Lokendra Bahadur Sahi, 27 – Lelaki (Nepal) – dibenarkan pulang

Antara mangsa yang tercedera dalam kemalangan maut melibatkan 10 mangsa terkorban akibat sebuah bas pekerja yang dipandu terjunam ke dalam longkang sedalam 10 meter di Jalan KLIA 8, Sepang dibawa keluar dari Jabatan Kecemasan Dan Trauma, Hospital Putrajaya. – Foto Mohd Fadli Hamzah

Cedera (Hospital Putrajaya)

1. Keshay Thapa, 24 – Lelaki (Nepal)

2. Muhammad Nawawi, 22 – Lelaki (Indonesia)

3. Sari Marhdiani, 22 – Perempuan (Indonesia) – dibenarkan pulang

4. Arif Perwira Hasibuan, 31 – Lelaki (Indoenesia) – dibenarkan pulang

5. Jahid Hassan, 21 – Lelaki (Bangladesh) – dibenarkan pulang

6. Samim Ali, 32 – Lelaki (Bangladesh)

7. Fitri Nurjahari,21 – Perempuan (Indonesia)

8. Lokesh Oli, 32 – Lelaki (Nepal)

9. Fifi Darwisha Abd Nahim, 21 – Perempuan (tempatan)

10. Resa Elesyabet Sagala, 23 – Perempuan (Indonesia)

11. Rasmahyani, 22 – Perempuan (Indonesia)

12. Mohammad Yunus, 27 – Lelaki (Bangladesh)

13. Maulida Agustin, 24 – Perempuan (Indonesia)

14. Md Rakib, 24 – Lelaki (Bangladesh) – dibenarkan pulang

15. Iwani Ramadani, 23 – Lelaki (Indonesia) dibenarkan pulang

Cedera (Hospital Banting)

1. Suraj Yadav – Lelaki (Nepal)

2. Mahesh Kumar Budhatoki – Lelaki (Nepal)

3. Iwan Fitra – Lelaki (Indonesia)

4. Bishhwakarma Mandal – Lelaki (Nepal)

Cedera (Hospital Kajang)

1. Tiurma Silitongga – Perempuan (Indonesia)

Sebelas maut selepas bas pekerja dinaiki mereka terjunam ke dalam longkang sedalam 10 meter di Jalan S8 Pekeliling berdekatan MAS Kargo, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), malam tadi. – Foto ihsan Bomba