KAMUNTING – Keadaan panik tercetus seketika kalangan pelajar dan guru berikutan kejadian termometer pecah di makmal SMA Lil Banat, di sini.

Dalam kejadian 10.05 pagi itu, pihak Bomba bergegas ke sekolah terbaik sebaik menerima panggilan kecemasan daripada pentadbiran sekolah.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Taiping menghantar enam anggota ke sekolah tersebut dan mendapati sebatang termometer telah pecah di dalam sebuah bekas berisi air.

“Anggota bomba memakai pakaian peralatan pelindungan diri (PPE) serta alat pernafasan sebelum masuk ke lokasi kejadian dan melakukan pembersihan tumpahan merkuri, agar kerja-kerja pembersihan dapat dijalankan.

“Mereka membersihkan tumpahan cecair merkuri itu dengan menabur serbuk sulfur ke atas merkuri dan dibiarkan menyerap.

“Sulfur yang bercampur dengan merkuri itu kemudian dimasukkan ke dalam plastik khas dan anggota membilas kawasan yang terkena bahan raksa tersebut dengan menggunakan cecair peluntur,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menurut beliau, anggota bomba turut membilas PPE serta alat pernafasan yang telah digunakan untuk operasi tersebut.

Bahan yang bercampur merkuri kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Alam Sekitar untuk tindakan lanjut.

Dalam kejadian itu, tiada pelajar yang dilaporkan terlibat, tambah beliau.

ÔÇťOperasi diketuai Pegawai Kanan Bomba II Izwan Ibrahim dan tamat pada jam 10.37 pagi,” katany