Manjung: Lelaki pertengahan usia terpaksa manahan sakit lebih sejam selepas cincin dipakai di jari tangan kirinya gagal dikeluarkan, hari ini.

Keadaan itu menyebabkan jari manisnya bengkak tetapi kemudiannya berjaya dikeluarkan anggota bomba di Klinik Kesihatan Sitiawan, Manjung, kira-kira 10 pagi ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat, negeri berkata Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Manjung menerima panggilan pada 10.13 pagi.

Katanya, anggota yang tiba di lokasi mendapati jari manis Nur Amizan Abd Hamid, 56, sudah bengkak disebabkan cincin tidak dapat dikeluarkan.

“Anggota potong cincin yang tersangkut itu. Mangsa kemudian menerima rawatan. Semua selesai pada 12.45 tengah hari,” katanya.

-myMetro