Oleh:Nazialita Geynna Maharan

IPOH: Setelah tersedar makluk yang ditembak bukan kijang tetapi rakan berburu sendiri, tiga lelaki bertindak meninggalkan mayat rakannya di hutan dengan harapan ia akan reput dan tidak dapat dikesan.

Ketua Jabatan Siasatan Jernayah Perak, Senior Asisten Komisioner Yahya Rahman ketika mengesahkan kejadian ini berkata kesemuanya terbongkar berikutan penangkapan tiga lelaki berkenaan pada Jumaat pagi, sehari selepas mayat dijumpai.

Menurut Yahya ketiga-tiga mereka telah ditahan bagi membantu siasatan kerana didapati telah keluar berburu bersama mangsa, Mohamad Hanif Mat Zabidi,24 pada Ahad lepas.

Katanya siasatan mendapati Mohamad Hanif meninggal dunia setelah ditembak rakannya yang menyangka mangsa adalah seekor kijang.

Kesemua mereka difahamkan sedang berburu di sebuah hutan berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Bintang Hijau, Jalan Kupang,dekat Gerik, katanya.

“Setelah menyedari makluk yang ditembak adalah rakan mereka sendiri dan bukan kijang mereka jadi ketakutan. Rahsia hanya terbongkar selepas mereka disoal siasat,” katanya.

Mengulas lanjut, Yahya berkata mangsa an rakan-rakan mula memasukki hutan sekitar 4 petang untuk memikat burung namun menurut keluarga mangsa tidak lagi pulang ke rumah selepas itu.

Keluarga mangsa telah membuat laporan polis dan satu gerakan mengesan mangsa telah dijalankan pada Khamis sehingga membawa kepada penemuan mayatnya.

“Daripada siasatan polis dapati mangsa telah pergi berburu bersama tiga rakannya di hutan dengan menggunakan senapang patah buatan sendiri.

“Ketika pemburuan tersebut, mereka telah berpecah dan salah seorang rakan yang menyangka melihat seekor kijang telah melepaskan tembakan ke arah mangsa yang menyebabkannya meninggal dunia,”katanya.

Jelasnya, ketiga-tiga suspek masing-masing berusia, 26,31 dan 39 tahun ditahan sekitar jam 9.30 pagi, Jumaat di Kupang,Kedah.

“Sejurus kejadian tertembak rakan, ketiga-tiga suspek memusnahkan barang-barang peribadi mangsa seperti beg dompet, telefon bimbit manakala kad pengenalan mangsa yang dicincang hancur dan dibuang ke dalam anak sungai di kawasan Bagan Pasir, Jalan Grik-Kupang,” katanya.

Yahya berkata, senjata iaitu senapang laras patah dan 31 butir peluru hidup yang telah ditanam juga ditemui dalam jarak sekirar 50 meter dari belakang rumah salah seorang suspek.

Susulan kejadian, polis juga ada membuat tangkapan ke atas seorang warga emas lelaki berusia 65 tahun kerana menjual peluru hidup kepada salah seorang saspek beberapa kali sebelum kejadian ini.

“Ketiga-tiga suspek akan direman selama lima hari bermula Jumaat hingga Selasa bagi disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,”ujarnya lagi.

Beliau berkata salah seorang saspek berusia 65 tahun mempunyai lesen senjata api namun itu tidak melepaskan dia daripada jenayah tersebut.

Berikutan kes itu, Yahya menasihatkan orang ramai yang memiliki senjata api tanpa lesen bahawa mereka boleh dituduh di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api Penalti Lebih Berat (FIPA) 1971.