TABUNG Harapan Malaysia (THM) kini mengumpul RM18.6 juta sehingga 3 petang ini sejak ia mula dilancarkan Rabu lalu.

Perkara itu diumumkan Kementerian Kewangan menerusi Twitter, sebentar tadi.

Setakat 3 petang semalam, tabung berkenaan berjaya mengumpul RM7.07 juta dalam tempoh 24 jam selepas dilancarkan.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng dipetik, berkata pihaknya akan terus mengumumkan jumlah kutipan tabung berkenaan pada setiap hari.

Sumbangan kepada tabung berkenaan juga boleh diberi pengecualian cukai dan penderma diminta untuk menyimpan resit bagi tujuan berkenaan.

Sebelum ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan penubuhan THM berikutan pengumuman hutang negara mendapat perhatian rakyat Malaysia apabila ramai menyatakan kesediaan untuk menderma bagi mengurangkan hutang itu di media sosial – hmetro