KUALA LUMPUR: Istana Negara mengesahkan bahawa tiada majlis angkat sumpah bagi melantik Perdana Menteri baharu, hari ini.

Kepemimpinan Pakatan Harapan pula difahamkan akan mengadakan mesyuarat di Hotel Sheraton, di sini, pagi ini.

Setakat ini, tiada butiran lanjut berhubung tujuan mesyuarat berkenaan, namun sumber menjelaskan mungkin mempunyai kaitan dengan majlis angkat sumpah.

Antara yang hadir, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad; Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Sumber turut mengesahkan beberapa peguam ternama dilihat tiba untuk menghadiri mesyuarat berkenaan – berita harian

 

BERITA BERKENAANMajlis Angkat Sumpah PM Ditangguhkan