KUALA LUMPUR : Tiada mana-mana pemimpin dalam Pakatan Harapan (PH) yang layak untuk menggantikan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri

PH juga tidak mempunyai pengganti untuk membwa Malaysia ke arah yang lebih baik.

“Kita faham asasnya, Dr. Mahathir perlu dikekalkan demi kestabilan negara dan kita bimbang pertukaran Perdana Menteri akan mengancam kestabilan ekonomi.

“Mungkin kerana dilihat tidak ada satu pengganti yang boleh membawa negara kepada keadaan yang lebih baik, maka kita nampak ada meritnya apa yang disebutkan oleh Presiden Pas,” kata Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh, UMNO mendukung sepenuhnya pendirian Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai keputusan kedua-dua parti pembangkang itu mengekalkan Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri hingga tamat penggal.

Azmin mahu Tun M jadi PM hingga akhir penggal