PETALING JAYA: Harga minyak dikekalkan untuk minggu keempat Julai.

Petrol RON95 kekal pada harga RM1.97 seliter, manakala RON97 pula kekal pada harga RM2.22 seliter.

Sementara itu, harga diesel pula masih RM1.96 seliter.

Harga baharu itu yang diumumkan secara rasmi menerusi laman Facebook RTM1 pada petang Rabu berkuat kuasa serta merta dari pukul 12.01 tengah malam pada 20 sehingga 26 Julai ini.

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/07/19/harga-minyak-kekal/#R2scSX1ddP8GYkb0.99