KUALA LUMPUR : Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata tiada satu pun negara Islam dianggap maju walaupun kekayaan negara mereka dikategorikan sebagai negara membangun.

Beliau berkata negara Islam semua lemah dan tidak mampu melindungi umat Islam, seperti kewajipan yang dituntut dalam agama mereka.

“Mereka semua lemah dan tidak mampu melindungi umat Islam, walaupun ia adalah tugas mereka,” katanya ketika berucap di Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).

Mahathir berkata berkata Sidang Kemuncak itu merupakan perhimpunan ulama dan intelektual Islam bagi membincangkan kebimbangan mengenai keadaan umat Islam masa ini.

“Jika kita berhati-hati menilai keadaan kita, kita mesti mengakui bahawa kita dan agama kita ada menjadi subjek penyalahgunaan dan fitnah,” katanya di depan ratusan pemikir dan pemimpin Islam.

Acara itu juga dihadiri Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan dan Presiden Iran Hassan Rouhani.

Mahathir berkata umat Islam dan Islam disamakan dengan keganasan disebabkan kegagalan kerajaan yang bertindak tidak rasional dan tidak sesuai dengan tingkah laku.

Beliau berkata negara Islam kekurangan perhatian terhadap hak asasi manusia dan umat Islam boleh menuduh dunia bukan Islam berat sebelah dan tidak adil dalam penilaian mereka.

“Tetapi kita tidak dapat menafikan fakta bahawa terdapat perang secara besar-besaran di beberapa negara Islam.

“Umat Islam sedang berjalan jauh dari negara mereka sendiri untuk mencari perlindungan di negara bukan Islam,” katanya.

Mahathir juga tidak dapat dinafikan umat Islam sebahagian besarnya bergantung kepada orang bukan Islam untuk kebanyakan keperluan mereka.

Katanya, ini menyebabkan umat Islam tidak dapat melengkapkan diri dengan cara untuk menangkis serangan orang lain.

“Kami bergantung kepada pengkritik kami untuk membekalkan kami dan ini adalah jauh sebelum abad ke-15 di mana mereka telah maju dalam sains dan kejuruteraan, terutama pembuatan barangan.

“Tetapi tidak sekarang,” katanya.

Mahathir berkata umat Islam bersedia untuk mati dalam usaha melindungi Islam dan umat Islam.

“Tetapi kita melakukan lebih banyak kerosakan kepada agama kita dengan tindakan keganasan yang kita takutkan,” katanya.

Mahathir berkata semasa penjajahan Eropah, umat Islam kehilangan negara mereka.

“Mereka dikuasai oleh kuasa-kuasa Eropah. Dari penurunan ini mereka belum pulih, walaupun selepas merdeka,” katanya.

Beliau berkata jika masa depan umat Islam kekal seperti ini, mereka akan mengalami penindasan berterusan.

Masyarakat manusia telah berubah dan tidak dapat lagi mengasingkan diri.

“Tidak ada negara yang boleh 100% umat Islam. Agama lain, nilai-nilai lain, cara hidup yang lain memberi kesan kepada kita walaupun mereka tidak hidup di kalangan kita,” katanya.

Mahathir mengakhiri ucapannya dengan menyatakan Islam tidak melarang umat Islam daripada menikmati tadbir urus yang baik dan negara maju.