IPOH – Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu berjanji tidak akan mengadaikan walaupun seinci tanah-tanah di negeri ini khususnya milik orang Melayu walaupun diberi tekanan.

Katanya, selaku pemimpin Islam dan Melayu, beliau akan sentiasa mempertahankan bangsa serta memartabatkan syiar Islam.

“Saya rasa semua orang tahu betapa tekanan yang ada pada diri saya sekarang ini, namun apa nak saya sampaikan, saya ada semangat memperjuang dan mempertegakkan Agama Bnagsa dan Tanah air, saya akan terus berjuang meningkatkan syiar Islam.

“Saya akan pertahankan bangsa melayu, jangan bimbang selagi saya menjadi Menteri Besar saya tidak akan gadaikan walaupun seinci pun tanah orang kita (Melayu) di negeri ini, itu janji saya.

“Kalau ditakdirkan saya jatuh kerana ini, ditakdirkan saya perlu pergi dan dicabut nyawa kerana itu tidak mengapa tapi untuk saya jadikan tidak sesekali,” katanya ketika berucap pada majlis Fiesta Amal Merdeka 2.0 di D’Polo Lan’s Cafe, di sini pada Sabtu.

Ucapan Menteri Besar itu kemudiannya disambut sorakkan lebih 2,000 hadirin yang membanjiri kawasan berkenaan.

Ahmad Faizal juga menyeru Pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam dan Melayu untuk terus memberi sokongan dan teguran kepada kerajaan negeri demi kebaikkan seluruh rakyat Perak.

“Saya mohon semua beri saya bantuan dan sokongan, saya tidak sempurna, kerajaan negeri tidak sempurna, saya lakukan banyak kesilapan, jadi dengan bantuan pemimpin-pemimpin masyarakat dan NGO, ia akan memperbetulkan serta mengelak daripada melakukan kesilapan.

“Saya juga menyeru kita semua untuk meneruskan usaha membantu rakyat di negeri ini kerana Allah S.W.T, jangan kerana kita mahukan imbuhan, kita perlu buat dengan ikhlas nescaya Allah S.W.T akan kurniakan apa yang semua rakyat mahukan iaiatu Perak menjadi negeri yang gemilang,” ujarnya.

Dalam majlis berkenaan seramai 600 anak-anak yatim dari 18 rumah-rumah anak yatim sekitar Perak telah diraikan dengan pelbagai program amal seperti sukan, permainan, hiburan dan jamuan makan.

Progam Fiesta Amal Merdeka itu dianjurkan oleh Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (Peyatim) dengan bantuan serta sokongan 31 NGOdan 11 Syarikat Swasta.

Objektif penganjuran program itu adalah untuk berkogsi kegembiraan bersama dengan anak-anak yatim serta mendekatkan masyrakat dengan golongan yang kurang bernasib baik tersebut.

1/4