KUALA LUMPUR – Tiada sesiapa dibenarkan menggunakan gelaran Permaisuri Kelantan, Raja Perempuan Kelantan, Sultanah Kelantan atau Queen of Kelantan.

Penglola Istana D’raja Kelantan, Datuk Nik Mohd Shafriman Nik Hassan berkata, Yang Teramat Mulia Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra Sultan Ismail Petra adalah Tengku Mahkota Kelantan dan bonda Sultan Muhammad, Yang Maha Mulia Tengku Anis Tengku Abdul Hamid digelar Yang Maha Mulia Raja Perempuan Tengku Anis.

“Hanya pengumuman rasmi dari Istana Kelantan yang boleh diambil kira sebagai berita yang tepat dan boleh diterima pakai oleh rakyat dan pengamal media,” katanya dalam kenyataan di sini.

Istana Kelantan juga menyeru rakyat dan pengamal media tidak terpengaruh dengan penyebaran maklumat yang sahih di media sosial.

– MalaysiaGazette