LUMUT – Tiada kejadian atau sindiket penculikan membabitkan kanak-kanak di Kampung Lubuk Pusing, Changkat Kruing, Manjung di sini seperti yang tular di laman sosial sejak beberapa hari lepas, kata Ketua Polis Daerah Manjung, .

Beliau berkata, dakwaan mengenai kejadian penculikan kanak-kanak itu adalah tidak benar.

“Tiada sebarang kejadian atau sindiket berkenaan yang berlaku di Changkat Keruing atau di daerah Manjung,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Beliau mengulas dakwaan yang tular di laman Facebook yang menyatakan orang awam berjaya menumpaskan sindiket penculikan yang beroperasi di sekitar daerah Manjung.

Dalam pada itu, Muhammad Hanif berkata, pihaknya berjaya membuat beberapa siri tangkapan membabitkan kes kecurian sarang burung dan dadah di lokasi berbeza.

Katanya, tangkapan membabitkan kes dadah dilakukan anggota Balai Polis Beruas manakala untuk kes curi sarang burung oleh Balai Polis Pantai Remis.

“Kita masih menjalankan siasatan lanjut dan rakan sejenayah juga masih dikesan,” katanya.

 

-BERNAMA