IPOH – “Tidak ada unsur khianat.” Itu reaksi Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Assisten Komisioner Razali Ibrahim bagi mengulas insiden kebakaran di pejabatnya pagi tadi.

Katanya, kebakaran kecil itu dipercayai berlaku akibat litar pintas.

Bagaimanapun menurutnya, siasatan dalaman akan dilakukan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

“Kita akan siasat untuk kenal pasti punca sebenar kejadian, tapi setakat ini kita syaki ia berlaku akibat lintar pintas.

“Apa pun, tiada kerosakan besar atau kemalangan jiwa yang dilaporkan berlaku dalam kebakaran itu,” katanya.

Berdasarkan laporan, kebakaran berlaku lebih sekitar 7.50 pagi ketika pejabat hendak dibuka.

Bagaimanapun difahamkan, bomba berjaya memadamkan api dalam tempoh 10 minit – sinar