IPOH – Tiga Adun daripada Pas dilihat masuk ke Istana Kinta, sekitar jam 9.30 pagi tadi.

Kenderaan membawa Pesuruhjaya Pas Perak yang juga Adun Gunung Semanggol, Razman Zakaria mendahului masuk diikuti Adun Selama, Mohd Akmal Kamaruddin dan Adun Kubu Gajah, Khalil Yahaya.

Media dimaklumkan, ketiga-tiga mereka dipanggil dahulu untuk mengadap Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Semalam, Sultan Nazrin menitahkan BN perlu membuktikan mempunyai sokongan daripada 30 anggota Dewan Negeri bagi menubuhkan kerajaan Perak dengan majoriti mudah.

Pada PRU14, Harapan mendahului jumlah kerusi dengan kemenangan di 29 kerusi, BN 27 dan Pas (3).