IPOH – Polis menahan tiga individu termasuk seorang wanita bagi membantu siasatan pemandu bas mati ditembak di kawasan Ladang Sungai Rui, Ban Pasir, Jalan Gerik – Kupang, Gerik, Sabtu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Senior Asisten Komisioner Yahya Abd Rahman berkata, mereka ditahan dalam tangkapan berasingan sekitar Gerik, semalam.

“Mereka direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Advertisement

“Perintah reman itu diperoleh mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah di Mahkamah Majistret Gerik, hari ini,” katanya.

Dalam kejadian pada pukul 4 petang itu, mangsa ditemui dengan tiga kesan tembakan di kepala, dada dan perut.

Polis turut menemui tiga butir kelongsong peluru dan sebuah motosikal berkuasa tinggi Kawasaki – sinar