Subscribe Now

Trending News

Tiga Lelaki Vietnam Pecah Masuk Kedai Nombor Ekor Ditahan
Dalam Negeri

Tiga Lelaki Vietnam Pecah Masuk Kedai Nombor Ekor Ditahan 

IPOH 15 Jan. – Polis menahan tiga lelaki warga Vietnam yang memecah masuk dan curi sebuah kedai nombor ramalan di Jalan Besar Menglembu di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 11.30 malam itu, ketiga-tiga lelaki berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun itu ditangkap ketika cuba melarikan diri di tingkat atas bangunan berkenaan.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd. Ali Tambi berkata, kejadian itu disedari pengurus premis berkenaan menerusi penggera kamera litar tertutup (CCTV) yang berbunyi di telefon bimbitnya.

Katanya, sebaik sahaja diperiksa, lelaki berusia 58 tahun itu mendapati terdapat dua lelaki tidak dikenali telah memecah masuk ke dalam premis tersebut.

“Pengurus terbabit telah menghubungi talian 999 untuk bantuan dan semasa pemeriksaan dijalankan pihak polis didapati suspek telah melarikan diri ke tingkat atas kedai tersebut namun kesemua mereka berjaya ditangkap.

“Pemeriksaan lanjut di kedai itu mendapati peti besi simpanan wang perniagaan telah dipotong separuh, litar rakaman CCTV telah di buang. ke dalam tong air di dalam kedai dan wayar-wayar eletrik pula telah dipotong,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Related posts