SUNGAI BULOH: Tiga maut selepas motosikal ditunggang merempuh sebuah lori rosak di lorong kecemasan di Kilometer 451.5, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah Selatan, kira-kira jam 9.30 malam tadi.

Kejadian menyebabkan kesesakan lebih 10 kilometer arah selatan berikutan dua lorong ditutup oleh pihak berkuasa.

Sumber polis berkata, semua mangsa dilaporkan terrcampak ke jalan akibat rempuhan dan disahkan meninggal dunia di lokasi akibat cedera parah di kepala.

“Motosikal ditunggang mangsa dari arah utara menuju selatan dan dipercayai dua daripada mangsa adalah remaja.

“Mangsa dipercayai melanggar belakang lori berkenaan yang dikatakan rosak dan diletakkan di lorong kecemasan,” katanya ketika dihubungi, malam ini.

Berikutan rempuhan itu, katanya, ketiga-tiga mangsa tercampak ke jalan di lorong tengah dan cedera parah.

Beliau berkata, semua mangsa mengalami pendarahan teruk manakala pegawai perubatan yang tiba di lokasi mengesahkan ketiga-tiganya meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya.

Difahamkan polis sedang mengesan waris mangsa yang dipercayai berasal dari Klang, Selangor – berita harian