Oleh:Nazialita Geynna Maharan

LENGGONG: Tiga orang maut manakala tujuh lagi cedera dalam satu kemalangan yang membabitkan dua buah kenderaan di Jalan Kuala Kangsar – Gerik, berhampiran Kg Selat Pagar, di sini pada Sabtu.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat berkata, pihaknya menerima panggilan sekitar 4.44 petang dan bergegas ke lokasi.

Katanya, setibanya di lokasi kejadian mereka mendapati sebuah kenderaan iaitu Perodua MyVi dan Proton Exora bertembung secara berhadapan.

“Kemalangan itu melibatkan 10 orang mangsa dan tiga daripada mangsa disahkan mati di tempat kejadian oleh pegawai perubatan.

“Tujuh daripada mengalami kecederaan berikutan pertembungan kedua-dua kenderaan itu,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata operasi penyelamatan yang diketuai oleh Penguasa Bomba Ahmad Sulaiman Aziz itu masih berjalan setakat pukul 6 petang.