SUNGAI SIPUT – Perjalanan proses pemilihan PKR Cabang Sungai Siput berjalan lancar.

Seawal jam 9 pagi tiga calon Ketua PKR Cabang Sungai Siput hadir ke Dewan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar, di sini bagi meninjau suasana pengundian.

Kesemua calon yang hadir, A Vathemurthy, S Kesavan dan Syed Ahmad Putra Syed Isa masuk ke dewan kira-kira jam 9.35 pagi manakala seorang lagi calon N Muniandy masih tidak kelihatan.

Ahli PKR mula memenuhi perkarangan dewan kira-kira jam 10.15 pagi selepas proses pengundian dimulakan jam 10 pagi.

Kesemua ahli yang layak mengundi dibenar masuk ke dalam dewan secara berperingkat dan keutamaan diberikan kepada OKU.

Pemilihan PKR Cabang Sungai Siput diramal panas selepas timbul isu beli undi oleh Kesavan yang merupakan Ahli Parlimen Sungai Siput.

Bagaimanapun tuduhan itu dinafikan calon Naib Presiden PKR itu, semalam – sinar