Tatau: Tiga sekeluarga dikhuatiri hilang selepas keluar mencari sayur di hutan berhampiran Rumah Panjang Semengat, Jalan Sangan, di sini, semalam.

Mangsa yang dikenali sebagai Singal Ujeh, 55; Stayreon Ulik Gawan, 13; dan Veronica Chermy Limas Senabong, 9; keluar dari rumah panjang berkenaan kira-kira 12 tengah hari semalam.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan 11.23 malam tadi sebelum sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tatau dihantar ke lokasi.

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan dengan bantuan penduduk rumah panjang berkenaan.

“Sehingga kini, pasukan SAR masih belum menemui sebarang petunjuk mengenai mangsa dan kawasan pencarian akan diperluaskan,” katanya.

-myMetro