PUTRAJAYA: Kerajaan akan merangka satu undang-undang yang boleh mengambil tindakan punitif terhadap pegawai yang sengaja menyebabkan ketirisan, pemborosan atau pembaziran dana kewangan kerajaan.

Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Negara (GIACC), Tan Sri Abu Kassim Mohamed, berkata semua kementerian pula dikehendaki mengenal pasti sekurang-kurangnya tiga isu atau kelemahan berkaitan undang-undang, dasar atau peraturan sedia ada yang perlu dikaji semula.

“Ini bagi mengurangkan masalah rasuah di kementerian dan agensi di bawah kawalannya.

“Laporan ini perlu dikemukakan kepada GIACC dalam tempoh sebulan,” katanya selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) di sini, hari ini.

Beliau berkata, bagi membanteras politik wang, Rang Undang-Undang Pembiayaan Politik akan digubal dengan kadar segera – berita harian