TELUK INTAN– Hospital Teluk Intan mengalami kebakaran kecil di bahagian tingkap tandas wad psikiatri pada pagi Rabu.

Pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan menerima panggilan pada jam 8.13 pagi dan mendapati kebakaran melibatkan bingkai tingkap tandas di wad tersebut yang ditampal dengan playwood.

Bagaimanapun kebakaran hanya melibatkan 3 peratus kemusnahan dan berjaya dipadamkan oleh petugas hospital.

Anggota bomba menjalankan pemantauan untuk memastikan tiada sebarang punca api.

Operasi yang diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan I, Kamaruziman Abdullah tamat pada jam 8.50 pagi.