IPOH: Kerajaan negeri diminta untuk menyelesaikan masalah liputan internet tidak memuaskan di kawasan DUN Pasi Panjang dengan menyediakan kemudahan jalur lebar.

Menurut wakil BN-Pasir Panjang, Datuk Rashidi Ibrahim, walaupun pembangunan pesat membangun namun terdapat beberapa kawasan tertentu di Pasir Panjang yang tidak mendapat liputan yang baik dari segi jaringan jalur lebar ini.

“Harapan saya semoga kerajaan dapat memberikan perhatian kepada keperluan meningkatkan infrastruktur jalur lebar bagi DUN Pasir Panjang ini supaya rakyat dapat menggunakan kemudahan ini dengan lebih selesa,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa membahaskan Bajet Perak 2017 di Sidang Dewan Negeri Perak , Ipoh pada Rabu.

Rasidi turut membangkitkan isu kemalangan jalan raya yang tertinggi di Manjung yang melibatkan laluan di antara Kayan ke Seri Manjung yang sering berlaku akibat kurangnya pencahayaan dan papan arah jalan.