Subscribe Now

Trending News

Tipu pelaburan forex, tiga Datuk ditahan
Nasional

Tipu pelaburan forex, tiga Datuk ditahan 

KUALA LUMPUR 14 Feb. – Polis menahan tiga lelaki bergelar Datuk dipercayai terlibat dengan sindiket penipuan pelaburan forex atau dikenali sebagai Fx United yang membabitkan kerugian bernilai RM6.2 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komerisal (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata, ketiga-tiga suspek ditahan dalam empat serbuan serentak di sekitar ibu negara, Ahad lalu.

“Dalam serbuan tersebut, kita turut merampas beberapa barangan mewah iaitu 13 kereta pelbagai jenis, tiga buah motosikal, 10 ketul emas dan pelbagai jam serta beg tangan berjenama.

“Sebanyak 116 laporan polis diterima dan kita telah membuka 30 kertas siasatan. Bagaimanapun, kita jangka lebih 70,000 individu telah menjadi mangsa dengan nilai kerugian mencecah lebih RM1 bilion,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat JSJK Bukit Aman di Menara 238 di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

 

Related posts