Oleh:Nazialita Geynna Maharan

IPOH: Polis telah menahan seramai tujuh anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sehingga 4 Oktober bagi membantu siasatan melibatkan kematian dua anggota TLDM pada Sabtu lepas.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dalam kenyataan media hari ini berkata bahawa polis telah mendapatkan kerjasama TLDM untuk membantu siasatan.

Katanya, kesemua tujuh tangkapan melibatkan lima tangkapan bagi Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dua lagi tangkapan bagi Seksyen 325 dan 506 kanun yang sama.

Jelasnya, dua tangkapan awal bagi Seksyen 302 Kanun Keseksaan juga terlibat dalam.Seksyen 325 dan 506 kanun yang sama.

“Seramai 35 saksi termasuk di kalangan orang awam telah dirakam percakapan termasuk lapan tahanan yang ditahan dalam tempoh kejadian.

“Selain itu, polis turut merampas sebanyak 57 barang kes  dan telah dihantar ke Jabatan Kimia manakala bagi laporan saintifik.

“Buat masa ini, sesemua laporan Forensik CSI, CPU dan CCTV,  perubatan dan kimia, semuanya masih dalam tindakan dan sedang diproses oleh para pakar dan pihak polis telah membuat permohonan untuk mendapatkannya,”katanya dalam kenyataan media tersebut.

Mohamad Fuzi berkata demikian dalam susulan perkembangan kes menyebabkan kematian dan penderaan anggota TLDM yang menjadi tahanan di Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi,Sitiawan,Perak.

Katanya,setakat 5 Oktober ini pihak polis telah membuka dua kertas siasatan iaitu Seksyen 302 Kanun Kesiksaan dan Seksyen 325/506 Kanun Kesiksaan.

Jelas Fuzi, siasatan mendapati dalam tempoh kejadian terdapat 10 orang tahanan dan dua daripadanya telah meninggal dunia.

Tambahnya, daripada baki lapan tahanan, hanya dua tampil membuat laporan polis kerana didera dan dicederakan.

“Dalam tempoh kejadian, 10 anggota TLDM yang menjadi tahanan ditahan kerana kesalahan dibawah Akta Angkatan Tentera 1972 , Kaedah kaedah Acara Acara Angkatan Tentera ( Penjaraan Dan Tahanan ) 1976, Perintah Majlis Angkatan Tentera Bil 4 Tahun 1982.

Kes Menyebabkan Kematian

Mohamad Fuzi berkata kes menyebabkan kematian dua anggota TLDM itu disiasat

dibawah Seksyen 302 Kanun Kesiksaan dan setakat ini seramai lima orang telah ditangkap berumur antara 29 hingga 37 tahun.

“Lima tangkapan ini ditahan reman dari 30 Sept 2017 hingga 7 Okt 2017 dan kesemuanya  bertugas sebagai Pengawal Bilik Tahanan.

Kes Mendatangkan Cedera Parah dan Ugutan Jenayah

Mohamad Fuzi berkata kes akan disiasat di bawah  Seksyen 325 / 506 Kanun Kesiksaan melibatkan seramai dua orang mangsa dan seramai empat orang suspek.

“Dua orang telah ditangkap bertugas sebagai Pengawal Bilik Tahanan dan kedua dua tangkapan tersebut telah ditahan reman dari 3 Okt – 6 Okt 2017.

“Dua orang lagi saspek telah ditangkap dan sedang direman untuk kes 302 KK dan juga akan diambil tindakan untuk kes 325/506 KK.

“Pengadu adalah juga mangsa dalam kes ini dan juga tahanan TLDM dan dua laporan polis telah diterima daripada kedua-dua mangsa tersebut secara berasingan,”katanya.

Mohamad Fuzi berkata keputusan kes akan dimaklumkan setelah dibuat oleh Jabatan Peguam Negara.