IPOH: Tindakan pantas anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berjaya menyelamatkan seorang nelayan daripada lemas di perairan Pulau Pangkor, dekat sini, pagi ini.

Menurut kenyataan TLDM, kejadian berlaku kira-kira jam 8.55 pagi apabila dua anggota kapal KD SIS, terdengr jeritan meminta tolong daripada mangsa, Tan Ah Seng yang terjatuh laut kira-kira 30 meter daripada kapal mereka.

93a4b571-ff9f-45a3-86d6-f1fa4b22ce1c8b1c3a9d-24a9-46cb-8f9d-d2f54d6f47fe

Anggota itu kemudiannya serta merta membuat ‘loud alarm vocal’ dan petugas quartermaster kapal yang peka dengan isyarat tersebut telah mengambil tindakan pantas mencampakkan boya penyelamat dari geladak tambatan dan memaklumkan kepada pegawai bertugas harian.

Pegawai berkenaan kemudiannya mengarahkan dua penyelam, Bintara Muda Norshadaan Ab Ghani dan Laskar Kanan Firdaus Yunus yang berada di tempat kejadian terjun ke laut untuk menyelamatkan mangsa.

61564436-4caa-45a5-84c0-d4f1967b1c0b“Mangsa berjaya diselamatakan oleh kedua-dua penyelam kapal dan dibawa naik melalui jeti di himpitan 3/4 yang lebih sesuai memandangkan keadaan arus pada ketika itu,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, mangsa dibawa ke kapal dan diberi rawatan kecemasan, seterusnya dibawa pulang oleh nelayan lain pada jam 12 tengahari, selepas disahkan selamat.