GERIK: Tenaga Nasional Berhad (TNB) hari ini menyampaikan sumbangan bantuan kelengkapan persekolahan kepada 200 murid berusia antara tujuh hingga 12 tahun, daripada keluarga kurang berkemampuan di beberapa buah sekolah di Parlimen Gerik.

a87873a7-7daf-4d2f-9701-76db947b722aSumbangan disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Temengor, Salbiah Mohamed di Dewan Serbaguna Gerik, di sini.

Program Jom Kembali ke Sekolah itu merupakan antara inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) dalam bidang pendidikan.

Program bantuan kelengkapan persekolahan murid-murid itu bertujuan meringankan beban golongan kurang berkemampuan dalam menyediakan persiapan persekolahan.

Mereka menerima set kelengkapan sekolah bernilai RM200 seorang dengan kos keseluruhan RM40,000.

63054927-23b3-4343-8955-5e7551376c16

Bantuan kelengkapan ini mengandungi sepersalinan pakaian seragam, tudung (murid perempuan), kasut dan stoking, beg sekolah dan alat tulis.

Ketua Jurutera (Pengurusan Aset – Zon Utara), Distribution Network, Bahagian Pembahagian TNB, Suid Othman berkata, TNB amat memahami kekangan kewangan yang dihadapi golongan kurang berkemampuan dalam mempersiapkan kelengkapan persekolahan anak-anak, terutamanya kepada keluarga yang mempunyai ramai anak.

fcae4fb6-3f5c-4395-acd1-a56cc5da59a4

Program anjuran TNB itu turut dilaksanakan di 50 buah daerah di seluruh negara yang melibatkan 10,000 murid dengan sumbangan berjumlah RM2 juta.

Sejak program itu diperkenalkan pada 2013, seramai 12,000 pelajar dari 800 sekolah telah mendapat manfaatnya.