KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) menafikan satu mesej tular di media sosial kononnya Ahli Lembaga Pengarahnya telah menerima arahan kerajaan untuk menaikkan tarif elektrik sebanyak 30 peratus.

TNB dalam satu kenyataan berkata, mesej berkenaan, yang kononnya ditulis oleh seorang pekerjanya adalah palsu dan tidak berasas.

“Selain itu, TNB tidak mempunyai warga kerja seperti yang dinamakan dalam mesej berkenaan.

“Justeru TNB menasihatkan orang ramai untuk mengabaikan mesej berkenaan dan tidak mengongsikannya,” katanya.

TNB menegaskan, tarif elektrik adalah ditetapkan oleh Suruhanjaya Tenaga – Berita harian