TANJUNG MALIM: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun ditemui lemas dalam sebuah kejadian di jambatan sungai Kampung Simpang Empat, Tanjung Malim, pada petang Khamis.Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Malim, Pegawai Bomba Kanan I Zaini Salleh berkata pihaknya menerima panggilan sekitar 3.29 petang berkenaan dengan insiden tersebut.

tempat kejadian mangsa telah dibawa oleh orang kampung ke Klinik Kesihatan Tanjung Malim untuk menerima rawatan.“Maklumat awal yang kami terima adalah, kanak-kanak perempuan yang difahamkan anak tunggal itu dipercayai telah dihanyutkan oleh arus sungai, dan tidak disedari oleh keluarga sewaktu insiden berlaku.

“Pemeriksaan lanjut mendapati kanak-kanak berusia 3 tahun 2 bulan itu disahkan meninggal dunia oleh doktor,”katanya ketika dihubungi Suara Perak pada petang Khamis.

Katanya, operasi tersebut tamat sekitar 4.10 petang dan kes tersebut diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan selanjutnya.