IPOH: Penyelaras Kawasan DUN Batu Kurau , Muhamad Aiman Aizuddin Bin Md Husin anggap tuduhan ke atas Yb Abdul Yunus Jamhari sebagai tidak berasas.

Muhamad Aiman Aizuddin yang juga bekas Pegawai Khas kepada Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam dan Infrastruktur , Pertanian dan Perladangan Negeri Perak berkata hampir setahun beliau bersama di Pejabat Exco berkenaan tidak pernah berlaku aktiviti sedemikian.

” Tuduhan sebegini kepada ahli politik dianggap sebagai tuduhan biasa tambahan pula Yb Yunus sekarang merupakan Exco Kanan di Negeri Perak”.

Muhamad Aiman Aizuddin yang juga Exco Angkatan Muda Keadilan Malaysia mahu YB Abdul Yunus fokus kepada kerja- kerja membangunkan pertanian di Negeri Perak dan menyerahkan kepada pihak polis menjalankan siasatan ke atas tuduhan yang tidak berasas berkenaan.

MUHAMAD AIMAN AIZUDDIN BIN MD HUSIN
Penyelaras Kawasan DUN Batu Kurau
Exco Angkatan Muda Keadilan Malaysia