MANJUNG – Debaran Pilihan Raya Umum ke-14 kian memuncak, dalam tempoh kurang 48 jam pengundi akan menunaikan tanggungjawab membuang undi pada 9 Mei, selain undi awal yang berlangsung 5 Mei lepas.

Di Lumut misalnya, penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pangkor dan calon Parlimen Lumut, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir mementingkan pendekatan kempen secara lokal, dalam erti kata lain, setempat.

Beliau meneruskan kempen jelajah di sekitar Lumut dan Manjung hari ini bersama calon Pasir Panjang, Datuk Rashidi Ibrahim, di samping mengekalkan momentum yang dilaksanakan sebelum ini sepanjang tempoh menjadi wakil rakyat.

“Respon dari rakyat baik sekali kerana yang paling penting berkaitan dengan PRU ini ialah rakyat di satu-satu kawasan itu, ia perlu kita ambil dalam konteks lokal.

“Khususnya di kawasan luar dari pusat bandar raya, di sini mereka ingin melihat calon-calon dan prestasi sesebuah parti.

“Sebab itu dalam konteks negeri Perak, kita mencalonkan tokoh yang punyai track record, kalau dicalonkan khidmat sebagai wakil rakyat serta calon baru, kita ada keyakinan mereka dapat jadi wakil rayat yang baik,”katanya.

Dr. Zambry berkata demikian kepada pemberita ketika melawat cawangan Kampung Telaga Nenas, Ayer Tawar, di sini pada Isnin.

Sementara itu, ketika mengulas lanjut tentang persiapan akhir menghadapi tarikh 9 Mei, beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak tidak terpengaruh dengan cara berkempen parti lain.

“Kita tidak mengambil pendekatan pembangkang,itu cara mereka (kempen) propaganda untuk yakinkan rakyat mereka dapat dalam ceramah-ceramah besar.

“Kita bersifat lokal, sebab itu kita tidak gerakkan ribuan orang tetapi pergi ke setiap kawasan, rumah , komuniti, bukan semata-mata atas nama satu himpunan besar.

“Di akhirnya, yang penting analisis setiap PRU, siapa yang bertanding, sejauh mana keyakinan rakyat atau pengundi di situ mempunyai keyakinan kepada calon dan parti bertanding,”ujarnya.

Selain program lawatan itu, Dr. Zambry dan barisan jentera BN meneruskan jelajah ke beberapa buah tempat seperti walkabout di Lumut, lawatan ke Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sungai Wangi serta Majlis Ramah Mesra bersama Amanah Ikhtiar Malaysia.

BERITA BERKENAANLori Cuba Lari Pemeriksaan Polis, Langgar 15 Kenderaan

1/4