DUNGUN: Walaupun baru tiga hari tempoh berkempen untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Tun Dr Mahathir Mohamad mungkin terlalu kepenatan apabila tersasul ketika menyampaikan ceramah pakatan pembangkang di Padang Astaka di sini malam tadi.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu tersasul apabila meminta hadirin tidak mengundi pakatan harapan pada 9 Mei nanti.

Kejadian itu mengundang ketawa di kalangan hadirin sebelum bekas perdana menteri itu memperbetulkan ucapannya.

Kehadiran Dr Mahathir ke ceramah berkenaan turut ditemani isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Namun, wanita itu yang duduk di sofa disediakan di atas pentas kelihatan penat dan beberapa kali melelapkan mata ketika suaminya berucap.

Turut hadir pada ceramah itu Presiden Parti Amanah Negara, Mohammad Sabu dan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Terengganu, Azan Ismail – berita harian