PETALING JAYA: Perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Jumaat tidak meneruskan niat untuk menyandang jawatan menteri pendidikan bagi menghormati manifesto Pakatan Harapan (PH).

Beliau berkata menerusi video yang diterbitkan oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) ke laman Facebook: “Itu adalah kedudukan manifesto dan saya tidak dapat melanggarnya buat masa ini… (kecuali) jika ada permintaan yang perlu saya ambil pendidikan.

“Manifesto PH telah menjanjikan bahawa Perdana Menteri tidak akan mengambil jawatan menteri lain, terutamanya menteri kewangan.

Terkini, Dr Mahathir telah mengadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Istana Negara dan menyerahkan senarai nama Ahli-Ahli Parlimen untuk dilantik sebagai menteri persekutuan yang baharu.

Upacara angkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong akan diadakan pada Isnin ini, pukul 11.30 pagi di Istana Negara, Kuala Lumpur – mstar