KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa menegaskan beliau akan membuat kenyataan bagi menjelaskan isu berhubung penguatkuasaan jenayah khalwat, Isnin depan.

Ketika ini beliau enggan memberikan kenyataan lanjut berkenaan laporan eksklusif sebuah akhbar tempatan yang memetik Mujahid sebagai berkata apa yang dilakukan oleh orang Islam di sebalik pintu yang tertutup, bukan urusan kerajaan.

Sebaliknya, pihaknya akan melakukan perbincangan meja bulat berhubung isu berkenaan.

“Tiada apa yang salah dalam kenyataan saya itu. Tunggu Isnin ini saya jelaskan. Buat masa ini saya tidak mahu komen,” katanya kepada sebuah akhbar tempatan, hari ini.

Sebelum ini menerusi laporan berita terbabit, Mujahid turut berkata, tiada lagi ketukan pintu di tengah malam atau pintu dipecahkan oleh pegawai agama jika mendapat laporan khalwat atau aktiviti lain yang menyalahi ajaran Islam – berita harian