KUALA LUMPUR: Ucapan dasar Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin cukup hebat dari segi pengisian dan juga cara penyampaiannya.

Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak, Khairul Shahril Mohamed berkata, ia adalah ucapan yang amat ditunggu-tunggu oleh perwakilan dan penerhati Pemuda di dalan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) kali ini.

Menurut beliau, di dalam ucapan itu, amat jelas digambarkan bahawa anak muda sebenarnya tiada pilihan lain bagi perjuangan sebuah bangsa.

“Terbukti bahawa Umno adalah sebuah Parti yg terbaik dari aspek perjuangan, kebajikan, kesejahteraan dan agama Islam di Malaysia ini.

“Kita perlu sedar bahawa pembangkang hanya mementingkan undi dan kepentingan parti semata-mata, berbanding kepentingan pembangunan & kesejahteraan negara.

“Biar hancur negara dan hancur bangsa tetapi demi kemenangan mereka ketepikan semua itu,” katanya kepada Suara Perak.

Khairy di dalam ucapannya berkata, pembangkang bukan sahaja menyajikan pelbagai nostalgia dongeng tetapi lebih berbahaya dengan menjanjikan harapan palsu.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan rakyat supaya jangan terpedaya dengan nostalgia yang diubah, ditokok tambah sehingga lebih sudu dari kuah dan jauh daripada realiti.

Dalam pada itu, Shahril berpendapat, selain gerak kerja yang mantap bagi memastikan kemenangan pada Pilihan Raya Umum akan datang, soal calon juga harus diambil kira bagi memastikan ianya selari kehendak orang muda.