KUALA LUMPUR: Ucapan Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil disifatkan mampu menaikkan semangat ahli-ahli pergerakan itu terus berjuang untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke 14.

Ketua Wanita UMNO Negeri Perak, Datuk Rusnah Kassim berkata, bagi beliau, antara yang paling menarik ialah apabila Shahrizat mengatakan bahawa Wanita ibarat berlian, bukan tua tetapi berpengalaman.

“Saya amat bersetuju, ibu terbaik bangsa telah melalui dan mengharungi pelbagai cabaran dan kesusahan dalam perjuangan.

“Pengalaman wanita inilah yang mematangkan parti UMNO dan Barisan Nasional,” katanys ketika diminta mengulas ucapan dasar Ketua Pergerakan Wanita UMNO pada persidangan pergerakan itu di PWTC di sini, hari ini.

Shahrizat di dalam ucaoannya antara lain berkata, Pergerakan Wanita UMNO menerusi Jalinan Rakyat Plus (JRPlus) diberi amanah meneraju jentera bersepadu pada Pilihan Raya Umum-14 (PRU-14).

Menurut beliau, ia membawa petanda Wanita bukan umpama buih di lautan, sebaliknya bergabung menjadi gelombang yang menggunung dan mengharung fitnah demi negara yang tertegak gagah.

Rusnah berkata, pengalaman dan kematangan Wanita jugalah yang membantu membina negara ini.

“Wanita yang berpegalaman dan matang inilah kekuatan parti kita, dari dulu hingga kini.

“In shaa Allah… dengan semangat yg ditiupkan oleh Tan Sri Shahrizat, wanita akan terus bekerja tanpa didendangkan utk menentukan kemenangan BN yg akan membela rakyat,” katanya penuh semangat.