Oleh:Nazialita Geynna Maharan

SUNGAI SIPUT: Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizan Ismail berkata PKR bersedia menerima tiga bekas Menteri UMNO yang kini dilihat tidak lagi berkongsi pandangan sama dengan parti mereka.

Menurutnya ketiga-tiga mereka – Tan Sri Rafidah Aziz, Tan Sri Rais Yatim dan Tun Daim Zainuddin mempunyai hak untuk membuat kritikan terbuka terhadap kerajaan dan Barisan Nasional.

Katanya,tindakan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor yang dikatakan berkemungkinan membuang ketiga-tiga bekas menteri itu bagaimanapun adalah hak parti tersebut.

“Terpulang kepada dia (Ku Nan), itu parti mereka, tetapi untuk seseorang seperti Tan Sri Rafidah Aziz dan Tun Daim untuk mengeluarkan kenyataan tersebut…Tan Sri Rafidah sendiri merupakan pemimpin yang sangat berkaliber.

“Sekarang mereka telah membuat keputusan, biarlah kita mempunyai hak asas untuk memilih siapa yang ingin disokong, ini adalah demokrasi.

“Sekiranya mereka (UMNO) hendak membuang mereka, terpulang. Itu parti mereka,”katanya kepada pemberita ketika melawat Kg Baharu Parit Ador, di sini hari ini.

Sementara itu,Dr Wan Azizah yang juga calon kerusi Parlimen Pandan berkata beliau akan menerima sekiranya ketiga mereka

menyuarakan hasrat untuk menyertai Pakatan Harapan.

“Sekarang kita boleh lihat..mereka merupakan tulang belakang dan penyokong teguh bagi Barisan Nasional, dan merupakan tiang (pillars) BN sebelum ini, seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, yang pernah menjadi Perdana Menteri, malah pernah menjadi Presiden UMNO,”katanya lagi.

Terdahulu, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Mansor memberi amaran tindakan kepada ketiga-tiga veteran parti itu.

Rafidah sebelum ini menyeru rakyat menolak BN dan memberi mandat mentadbir negara kepada Pakatan Harapan (Pakatan) manakala Daim pula terbuka menyokong pengerusi Pakatan, Tun Dr Mahathir Mohamad dan beberapa calon Pakatan lain, mengatakan ia bagi memastikan masa depan lebih baik untuk generasi akan datang.

 

BERITA BERKENAAN : wan azizah syak pas senjaga menangkan calon BN dun Rantau