KUKUP : Umno patut sedar mereka hanya dipergunakan MCA dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai, kata calon Pakatan Harapan (PH), Karmaine Sardini.

Beliau hanya melihat jentera Umno dan PAS yang banyak berkempen untuk calon Barisan Nasional, Wee Jeck Seng berbanding MCA.

“Kalau program masuk rumah saya tidak tahu, tetapi saya nampak di pasar lambak memang orang Umno sahaja banyak berkempen. Nampak Umno dengan PAS yang pulun. Belum nampak jentera MCA bekerja untuk calon,” katanya ketika ditemui semasa “walkabout” di Kampung Parit Sulaiman.

Karmaine ditanya sama ada pengundi Cina sudah beralih sokongan kepada BN.

Beliau akui meraih sokongan pengundi Cina kali ini bukan mudah tetapi semasa ditemui tidak pula terdengar mereka mahu tinggalkan PH.

“Berdasarkan pertemuan di kedai kopi, cerita pengundi Cina hendak tinggalkan PH tidak dengar,” katanya.

Karmaine juga nampaknya tidak terkesan dengan serangan peribadi terhadapnya sepanjang berkempen.

“Tiada apa yang saya tipu. Isu sawit, saya hanya maksudkan apa yang kita dapat kena bersyukur,” katanya, merujuk kepada nasihatnya kepada pekebun kecil mengenai kemerosotan harga sawit.

Pada 3 Nov lalu, calon PH ini pada satu ceramah umum berkata walaupun harga komoditi itu turun kepada RM270 satu tan, ia masih tinggi daripada RM87 satu tan ketika pentadbiran lepas.

“Duduk di kampung nak guna apa sangat? Nak makan sayur tanam sendiri, cuma yang perlu isi minyak, jadi masih boleh makan,” katanya.