PONTIAN : Barisan Nasional (BN) sedang mendahului Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai dengan majoriti lebih 7,000 undi setakat ini yang akan memberi laluan untuk calonnya, Wee Jeck Seng kembali menjadi ahli Parlimen kerusi Parlimen itu.

Wee setakat ini mendapat 4,565 undi berbanding calon Pakatan Harapan, Karmaine Sardini yang meraih 1,641 undi.

Empat calon lain, iaitu Badhrulhisham Abdul Aziz yang mewakili Parti Barisan Jemaah Islamiah (Berjasa) mendapat hampir 400 undi, manakala Wendy Subramaniam daripada Gerakan dan dua calon bebas, Ang Chuan Lock dan Faridah Aryani Abd Ghaffar memperoleh kurang daripada 150 undi.