IPOH – Kerajaan negeri berharap kecemerlangan unit Bariatrik yang ditubuhkan di bawah seliaan Jabatan Pembedahan Hospital Raja Permaisuri Bainun, di sini khusus untuk membantu golongan pesakit obesiti dijadikan sebagai pusat rujukan terkemuka negara.

Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, sejak penubuhan unit itu pada 2014, sebanyak 70 pembedahan bariatrik telah dijanlankan ke atas pesakit obesiti manakala ramai lagi telah menerima manfaat daripadanya menerusi sesi kaunseling serta khidmat nasihat pakar.

“Saya bangga kerana di HRPB pakar bedahnya mengambil insiatif untuk membantu masalah obesiti serta mengadakan simposium mengenainya.

“Ini merupakan satu langkah bersepadu merentasi pelbagai jabatan dan satu contoh yang amat-amat baik, menjadi impian kita satu hari nanti pusat rawatan obesiti ini menjdi pusat rujukan terkemuka bukan sahaja di negara ini tetapi di rantau asia,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Simposium Obesiti di Auditorium Kompleks Rawatan Harian HRPB, di sini pada Khamis.

Tambah beliau, Malaysia diletakkan sebagai negara tertinggi di kalangan Asia Tenggara yang rakyatnya menghidap penyakit obesiti.

“Mengikut satu kajian yang dibuat, untuk orang dewasan 18 tahun ke atas sebanyak 5.7 juta rakyat kita menghadapi obesiti manakala untuk kanak-kanak dibawah1 8 tahun pula adalah seramai 1 juta orang, ia menunjukkan masalah ini kian meningkat.

“Obesiti merupakan satu penyakit yang membawa pelbagai komplekasi, kalau kita lihat kencing manis, darah tinggi, stroke dan pelbagai lagi terjadi disebabkannya jadi perlu wujud satu kesedaran mengenai perkara ini dikalangan kita semua. Saya ucapkan tahniah kepada mereka (HRBP) kerana mengambil insiatif sendiri seperti ini untuk mencapainya” jelas beliau.

Unit tersebut ditubuhkan pada September 2014 di bawah seliaan Jabatan Pembedahan HRPB dan terdiri daripada pelbagai subkepakaran seperti pembedahan, perubatan endokrin, dietetik, psikiatrik, kaunselor, perubahan sukan, farmasi dan Anesthesiologi yang berkerjasama untuk memberi pendekatan secara menyeluruh dalam merawat pesakit obesiti serta komplikasinya.