TAIPING – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Perak menganjurkan program Duta Prihatin Masyarakat 2017, semalam.

Ketua Pegawai Farmasi Hospital Taiping, Narimah Mohd Yusof berkata, program itu adalah salah satu inisiatif KKM bagi memastikan pengurusan ubat-ubatan di rumah pesakit dilakukan dengan cara betul dan selamat.

Menurutnya, program itu melibatkan kolaborasi Duta Kenali Ubat Anda dan pegawai farmasi dalam aktiviti penggunaan ubat secara berkualiti.

‚ÄúProgram ini juga sebagai usaha untuk memperluas peranan Duta Kenali Ubat Anda dalam aktiviti pendidikan dan kesedaran pengguna,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Tambah Narimah, Tambah Narimah, semua Pegawai Farmasi dari seluruh Perak termasuk Hospital Taiping terlibat dalam menjayakan program itu. Pegawai Farmasi dari seluruh Perak termasuk Hospital Taiping terlibat dalam menjayakan program itu.

-SinarHarian